Assalamualaikum wahai sahabat . . .
Lama rasanya tidak singgah ke ruangan sendiri . . kali ini , persoalan kisah hati yang ditinggalkan tanpa sebab yang boleh diterima akal. . mati agaknya, tapi kalau mati mengapa masih punya degupan jantung juga hela nafas ? ? Gadis ini masih bisa berdiri dengan sendiri , biarpun diduga dengan penyakit hati yang sukar untuk difahami oleh mata.
Ya Allah . .lemah hatiku kini kerana terjatuh dijurang cinta yang cukup menduga kesetiaan ini. . . Andai terciptanya kita untuk tidak jatuh cinta pada Ajnabi. .adakah kita juga punya bahagia ? hatiku juga berkata sedemikian. . .cuba selami , lemas. . .tapi masih ada keyakinan diri. Subhanallah ~
Aku semakin lemah . . .Disaat mereka sedang diulit mimpi indah bertemankan bantal yang empuk alas badan yang selasa siap terukir bintang , peta juga kazanah mengunakan air liur basi. .kenapa ? geli erk' . .you all pun ada kan. . .jangan tipu tamow tamow tamow. .babab kang haa . . .ishh jauh menyimpang nie. .jom sambung cerita . .
Aku tidak keruan , macam cacing kepanasan . . punggung monyet terbakar pun boleh disamakan . .semua gara-gara si pemilik hati aku nie sakit . .hati nekad untuk membuat keputusan sendiri. .biarpun dihalang berkali-kali tapi ku tidak peduli. .dalam kelemahan ada kesungguhan juga kerisauan disanubari. .lelah. . .hampir separuh jalan menuju ke rumah si lelaki. .kesedihan menguasai diri. .kerana apa ?? kerana dikatanya melakukan perkara bodoh keluar malam semata-mata ingin pastikan dia selamat. . .longlai. . .langkah perjalanan mati tiba-tiba lalu patah balik ke rumah sendiri. . .
Dalam masa sama. ..dia menghubungi aku lagi. . .tanpa henti . .aku takut untuk memberi sebarang tindak balas dek takutkan terima satu cacian , herdikan mahupun berita yang tidak diingini. . .ego aku menguasai diri saat itu, tapi aku lemah lagi dek kerna resah. .nekad keluar terus menuju ke rumah si dia yang dari tadi mati hasrat untuk ke sana. .panggilan di talian handphone semakin lagak berbunyi tanpa henti. .dari siapa ??? dari dia si pemilik hati ku ini. . .takut. . .tapi bila kekuatan diri hadir untuk menjawab panggilan di sebuah perhentian. .apa yang aku dapat ??
ENGKAU PERGI KELUAR DENGAN JANTAN MANA HAH !
Allah . . . .remuknya hati bak kertas yang tak diperlukan lalu dicampak jauh. . .layak ke aku terima semua ini sedangkan jalanku menuju ke rumahnya untuk memastikan dia dalam keadaan selamat. . .dalam kerinduan hati aku gagahi jua langkah untuk terus sampai dihadapan rumahnya. . Alhamdulillah aku sampai dihadapan ruang rumahnya. . .tapi hatiku lemah. . tanganku mengeletar. .takut untuk memberitahunya bahawa aku berada dihadapan rumahnya saat ini dan sangat merinduinya . . hati memberontak ingin bersua muka tapi ku tepis dek Herdikan tomahan itu ditalian sebelumnya. . .Langkah ku kembali bermula tetapi kini untuk kembali ke rumahku . .macam tu je ??? hoi. . apalah!!!! sia-sia !!! ishhhh !!!
setiba aku dirumahku. . .aku terima sekeping pesanan berbunyi :
SI SENI (bukan nama sebenar) aku nak ucapkan selamat tinggal dan anggaplah pertemuan kita petang tadi adalah kali yang terakhir. .aku tak sangka selama ini kau membohongi aku. sayangku bertukar menjadi benci.
Allah. . . aku lemah. . lututku seakan tidak berfungsi. .mencuba beribu kali untuk menerangkan situasi sebenar masih tidak dapat dia fahami. .semua ini bukan seperti yang dia sangkakan. .Demi Allah. . .bukan seperti yang dia fikirkan. .aku hanya menuju ke rumahnya seorang diri tengah pagi-pagi buta tiada satu kenderaan pun yang menyesakkan pandangan mata ketika itu. mengapa tuduhan itu yang harus aku terima dan mengapa keputusan ini yang harus aku perolehi tanpa rela??????
Dalam lemah masih ada keyakinan dia kembali ke pangkuan ku. .benarkah ini keyakinan??? atau sekadar pasrah dan menyerah atas keputusan perpisahan ini ???? aku buntu. . .tidak dapat mencari jawapan yang jelas.
Allah . . lembutkan hatinya untuk kembali kepadaku seperti selalu malah mengharapkan sesuatu perubahan yang sangat bahagia. . .gerakkan hati dan langkah juga pemikirannya terhadap aku . .tak rindukah dia padaku ?? pautan hati kami ?? juga hubungan kami ??? lunturkan ego juga perasaan marah yang terhalang untuk menerimaku kembali. .Amin ya Allah. . .Amin. . . .
Aku masih menunggu. .menunggu dan menunggu . .tapi sampai bila ????? inikah yang dia harapkan selama ini ???? Apa harus aku lakukan ?????? . . .mengejarnya ??? pasti dia lagi lari jauh. . . .menunggu dia??? benarkah aku akan dapat kebahagiaan yang aku impikan darinya ??? Tolong akuuuu . . . .apa perlu aku lakukan ?????
lemah. . . . .Zikirrullah adalah peneman. . .tapi masih menanti. . .